MUQADDIMAH
Sebagian besar dari kalangan para ulama dan orang-orang awam dinegara kita masih mengamalkan pembacaan Berzanji. Amalan ini dianggap sunnah dan mulia oleh mereka. Namun, ia terus menjadi fenomena, kerana masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka yang mentakdiskan (mensucikan/holy) pembacaan Berzanji menyedari atau sebaliknya bahawa amalan membaca Berzanji yang dijadikan budaya oleh mereka adalah dipenuhi oleh perkara-perkara yang bid’ah, khurafat, tahaiyul, syirik dan dihiasi dengan pembohongan serta kekarutan.
Kenyataan ini akan dibuktikan melalui pembahasan secara ilmiyah pada rangkap-rangkap syair dan ayat-ayat yang tersusun di dalam Kitab Berzanji. Al-Hamdulillah, buku kecil ini yang membahas dan membongkar kandungan Kitab Berzanji, telah membuktikan kebatilan dan kemungkaran Berzanji yang selama ini tidak diperasani oleh masyarakat Islam. Kerana Berzanji yang dilaungkan oleh mereka kebiasaannya dalam Bahasa Arab. Buku ini telah memaparkan kebatilan & kemungkaran Berzanji. Semoga ia bermanfaat kepada sekalian pembaca yang budiman yang mencintai kebenaran serta mencari keredhaan Allah ‘Azza wa-Jalla. Berzanji dikenali juga dalam masyarakat kita dengan istilah“Marhaban”atau “Maulid”. Diistilahkan marhaban kerana isi kandungannya memuatkan ucapan selamat datang kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam dan dinamakan maulid kerana menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Sebahagiannya pula meyakini bahawa semasa membaca berzanji (marhaban) para malaikat, para nabi dan para rasul (terutama Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat, para wali dan roh-roh suci datang kemajlis mereka. Oleh itu mereka menamakan Berzanji atau majlis pembacaan Berzanji dengan istilah Marhaban. Segala kekarutan inilah yang mendorong penulis untuk menghasilkan risalah ini agar difahami oleh masyarakat pengamal Berzanji kemudian mereka dapat memahami mesej ini sehingga mereka dapat meninggalkan Berzanji tersebut.
Rayuan dari penulis, semoga para pembaca budiman dapat memahami bahawa tidak ada yang penulis harapkan dari tulisan ini selain keredhaan Allah,iaitu demi untuk menyelamatkan akidah ummah yang selama ini tidak menyedari dan mengetahui bahawa kandungan Berzanji pada hakikatnya dipenuhi oleh kepercayaan yang membawa kepada kesyirikan dan bid’ah yang merosakkan akidah. Itulah hakikat yang sebenarnya. Moga-moga segala usaha ikhlas menyiapkan tulisan ini diberkahi oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan memberi berkat serta manfaat ilmu kepadapara pembaca yang dihormati sekalian.
BERZANJI
Pada hakikatnya, kandungan Kitab Berzanji yang dianggap sebagai amalan suci apabila dibaca oleh sebahagian besar masyarakat Islam, ternyata kitab ini dipenuhi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islamiyah yang murni. Berzanji ditulis dalam bentuk syair, gaya bahasa dan pemilihan kata-katanya benar-benar sangat menggugah sekaligus begitu sukar untuk difahami, tetapi sangat sedap diucapkan dan merdu pula dilagukan. [1] Kerana dengan lagu yang mirip atau sama dengan membaca al-Quran, kesemuanya itu sebagai usaha untuk lebih mengesankan dan menarik para pendengarnya. [2]
Demikian pula penghormatan orang awam kepada kitab-kitab maulid (berzanji) itu, hampir-hampir menyerupai penghormatan kepada al-Quran. [3] Oleh itu, berzanji dijadikan kitab untuk berwirid, berzikir, dibaca pada malammalamtertentu seperti malam Jumaat, menyambut maulid Nabi, ketika inginberpergian (musafir) atau pulang dari perjalanan (pelayaran) jauh, di hariperkahwinan, di majlis kesyukuran, sebelum berkhatan, kenduri mencukurjambul bayi yang baru lahir dan lain-lainnya.
Dari rangkaian kata-kata dan kejadian ini, jika terus dikaji dan diselidiki,maka akan kita dapati dan boleh dibuktikan malah akan difahami bahawa penggemar, pencinta atau pemuja Berzanji, antara penyebab mereka membacanya bukan melihat pada nilai di segi hukum syaranya. Sama ada isi kandungan Berzanji yang dibaca dan dilagukan itu bertentangan dengan syara atau tidak, yang penting pada mereka ialah sedap, seronok dan merdunya melagukan Berzanji.
Berzanji dan kitab seumpamanya seperti Syaraful Anam, al-A’Zab danad-Daiba’i yang terkenal denganad-Deybaii adalah pencetus dan pengekal amalan pencinta maulid Nabi Muhammad sallallahu ‘alihi wa-sallam._______________________[1] Lihat: Terjemahan Berzanji Lengkap. Hlm. Vii , Cetakan Pertama 1999. Pustaka Ilmi, Selangor.Mohd Sofwan Amrullah.[2] Lihat: Sorotan terhadap Kisah Maulid Nabi Besar Muhammad Shalallahu'alaihi wa sallam. Hlm. 12. H.S.A. Al-Hamdany Pekalongan. Indonesia.[3] Ibid.
TARIKH LAHIR NABI MUHAMMAD
Menurut Abdul Reheem dalam bukunya “Muhammad The Prophet”.Tidak siapa tahu bilakah tarikh sebenarnya Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihiwa-sallam dilahirkan. Ada riwayat yang menyatakan pada 1, 8, 10 dan 12 haribulan Rabiul Awal tetapi semuanya bersetuju bahawa Baginda sallallahu‘alaihi wa-sallam lahir pada hari Isnin pada bulan itu. Yang paling sahih ialah Baginda lahir pada 9hb Rabiul Awal tahun Gajah.[4]
Perayaan maulid Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berkekalan kerana berdasarkan pengaruh empat buah kitab di atas yang tersebar luas di segenap pelosok, kota-kota dan di desa-desa di Nusantara. Sangat mengecewakan,antara isi kandungan kitab-kitab tersebut bertentangan dengan akal yang rasional danbisa menjejaskan (akidah) yang mengarah kepada kemusyrikan (menyekutukan Allah).[5]
Mula-pertama adanya peringatan dan perayaan Maulid Nabi (yang berindukkan Kitab-kitab Berzanji) ialah dimasa kerajaan Fatimiyah dalam abad keempat hijrah.[6] Mereka mengadakan enam maulid, iaitu maulid Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maulid Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, maulid syaidatina Fatimah az-Zahra, maulid Hasan, maulid Husin dan maulid Khalifah yang memerintah.[7]
Kemudian setelah ditentang oleh golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang menyedari kebatilan dan kemungkaran amalan maulid dan berzanji ini, akhirnya ia ditinggalkan oleh umat Islam. Namun ia dihidupkan semula pada pemerintahan al-Hakim Biamrillah pada tahun 524H dan orang pertama yang memulakannya semula ialah al-Malik al-Mudzafar Abu Sa’ied dalam kurun ketujuh di kota Irbil di Iraq. Ia berterusan hingga kemasakita sekarang dan diluaskan oleh manusia, dilakukan (dalam perayaan maulid ini) berbagai-bagai bid’ah mengikut hawa nafsu masing-masing yang dihiasi untuk mereka oleh syaitan.[8] Ia diimarahkan lagi oleh penggemar bid’ah dan aktivisnya terutama mereka yang tenggelam dalam tarikat kesufian.
Menurut ahli sejarah as-Sunni, majlis maulid yang pertama sekali telah diadakan oleh Muzaffar ad-Din Kokburu, abang ipar kepada Sultan Salahuddin Ayyobi di Arbela selatan Kota Mosul, Baghdad pada tahun 1207M (604H.) Pada perayaan ini terdapat pengaruh Sufi, Keristian dan Syiah.[9]
Menurut satu kitab kecil dikeluarkan oleh Majlisul Ulama Afrika Selatan:“Amalan perayaan “Maulood” bersumber dari orang-orang yang fasik. Menurut Hajar Asqalani bahawa Molvi Amr bin Dahya adalah bertanggung jawab untuk mengadakan adat “Maulood”, beliau adalah orang yang mencaci ulama-ulama fiqah Islam. Lidahnya jahat. Beliau adalah orang jahil, takabbur dan tidak mempunyai ilmu yang mendalam berkaitan dengan agama”.[10]
Adapun golongan (kumpulan) pertama yang mengadakannya (maulid dan diiringinya dengan membaca zikir dan berzanji beramai-ramai) adalah para masyeikh (syeikh-syeikh) pemimpin sufi [11] terutama mereka yang berpegang dengan kepercayaan tarikat Nur Muhammad.____________________[4] Sejarah Pemikiran 2. Sulaiman Noordin. Hlm. 281.[5] Ibid.[6] Ibid.[7] Lihat: احسن الكلام فیما یتعلق بالسنة والبدعة من الاحكام hlm. 44-45.[8] Lihat: القول الفصل فى حكم الاحتفال بمولد خیر الرسل hlm. 70. Ismail bin Muhammad al-Ansari.[9] Lihat: Sejarah Pemikiran 2. Hlm. 282. Sulaiman Noordin. Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. 1999.[10] Ibid. Hlm. 282.[11] Lihat: القول الفصل فى حكم الاحتفال بمولد خیر الرسل hlm 70.
CERITA YANG TIDAK BERDASARKAN SIRAH
Setelah diselidiki, ternyata (di dalam Kitab Berzanji) terdapat cerita-cerita yang tidak berdasarkan sejarah yang benar-benar sah dan pernah terjadi, tidak berlandaskan hujjah serta dalil yang sahih yang harus menjadi pegangan umat Islam.[12] Terdapat banyak cerita-cerita khurafat, tahaiyul, syirik dan pujian yang berlebih-lebihan (ghalu) yang melewati batasan syara sehingga menjadikan kedudukan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan peribadinya hampir-hampir menyamai kedudukan Tuhan, baik cerita-cerita sebelum atau sesudah baginda lahir. Tergambar dalam Berzanji bahawa Rasulullah bukan sebagaimanusia biasa, termasuklah dalam menyebut-nyebut nasab keturunannya baik sewaktu masih dalam kandungan, kelahiran dan tanda-tanda kelahirnya yang tidak ada sandaran yang benar dari riwayat yang sah (sahih) dari kitab al-Quran atau sunnah.[13]__________________[12] Ibid.[13] Ibid
KEWAJIBAN MENCINTAI RASULULLAH SHALALLAHU'ALAIHI WA-SALLAM
Mencintai Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan keluarganya (Ahli Bait) adalah wajib atas setiap mukmin. Rasulullah bersabda:
“Hendaklah mencintai Allah dan RasulNya melebihi selain dari keduanya”. [HR Bukhari (15) al-Iman. Muslim (60) al-Iman. Turmizi (3548) al-Iman dan Nasaii (490). Al-Iman.]
Oleh itu, setelah mencintai Allah dan RasulNya maka wajib pula bagi mereka memelihara agama yang disampaikan oleh baginda, kerana ia adalah agama yang sehat, kuat dan benar. Maka setelah kewafatan Nabi utusan ini,adalah wajib atas setiap mukmin membersihkan agama yang disampaikan oleh baginda serta sirah baginda dari dimasuki oleh unsur-unsur lemah, kisah-kisah khayalan (tahaiyulat), berita-berita bohong (khurafat) dan sejarah palsu,terutama yang berkaitan dengan diri baginda yang tidak berdalilkan dalil yang sahih supaya tidak dipertikaikan setiap apa saja yang telah disampaikan kepada ummahnya.
Untuk membuktikan kerasulan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam dan membuktikan kecintaan seseorang itu kepadanya, tidak perlulah membuktikannya dengan kisah-kisah dan cerita-cerita khurafat, khayalan(tahaiyul), gambaran yang aneh, pelik dan ajaib yang dibuat-buat sebelum dan sesudah kelahiran baginda. Haram hukumnya jika terlalu berlebih-lebihan (ghalu) dalam memperkatakan persoalan kenabian sebagaimana yang terdapat keterlaluan yang keji ini di dalam kitab berzanji.
KEBATILAN DALAM BERZANJI
PENGHAPUS DOSAAntara cerita yang berlebih-lebihan yang membawa kepada ghalu (melampaui batas) dan kesyirikan di dalam berzanji ialah:"Salam atasmu wahai penghapus dosa!"[Lihat: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي نثر وبرزنجي نظم hlm 3. Percetakan al-Ma’arif Sdn. Bhd]Ungkapan dalam syair di atas ini jika diyakini benar maka ia bisa membawa kepada berlakunya syirik tasybih (menjadi syirik kerana menyerupakan Allah dengan makhlukNya). Ini bermakna samalah seperti menyamakan (mensetarakan) dan memberikan sifat Allah Subhanahu wa-Ta’ala kepada makhlukNya iaitu Nabi Muhammad sallalahu ‘alahi wa-sallam. Perbuatan atau amalan seperti ini sangat bertentangan dengan nas-nas hadis yang sahih dan ayat al-Quran. Seterusnya terdapat banyak lagi kenyataandalam Berzanji yang bertentangan dengan akidah yang sahih sebagaimana syair di bawah ini:
"(Hanya Dialah) Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukumanNya. Yang mempunyai kurnia.Tiada Tuhan (yang berhak diibadahi) selain Dia. Hanya kepadaNya lah kami kembali (semua makhluk)". [Qs.Al-Mu'min:3]
Meminta pengampunan segala dosa dan bertaubat hanya kepada AllahSubhanahu wa-Ta’ala. Allah berfirman:
“Maka ketahuilah! (Ya Muhammad) Bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah (kepada Allah) ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin lelaki dan perempuan”. [Qs.Muhammad:19]
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam diutus untuk menjadi contoh kepada setiap muslim, baginda mengajarkan setiap orang-orang yang beriman agar meminta keampunan segala dosa mereka hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala, bukan meminta kepada baginda kerana baginda sendiri sentiasa meminta keampunan hanya kepada Allah:
“Dan aku merasa berdosa, maka ampunilah dosaku wahai Tuhanku! Sesungguhnya tidak ada yang bisa mengampunkan segala dosaku kecuali Engkau”.[Lihat: الاذكار hlm 177. Cetakan Pertama. An-Nawawi]
Contoh yang paling kuat dan jelas ialah baginda Rasulullah disetiap hari meminta pengampunan (istighfar) yang lebih dari tujuh puluh kali hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
“Demi Allah! Sesungguhnya aku memohonkeampunan Allah dan bertaubat kepadaNya dalam seharisemalam lebih dari tujuh puluh kali”. [HR.Bukhari]
TEMPAT BERNAUNG DAN MEMINTATerdapat ajaran yang boleh membawa kepada pemesongan akidah atau kesyirikan di dalam berzanji, iaitu seruan yang berbunyi:“Salam atasmu wahai tempat bernaung dan meminta!”.[Lihat: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي Hlm 3]Yang jelas di dalam al-Quran diserukan agar orang-orang beriman meminta dan memohon hanya kepada Allah ‘Azza wa-Jalla sebagaimana firmanNya:
“Katakanlah! Bahawa Allah Maha Tunggal, Allah tempat meminta”. [Qs. Al-Ikhlas:1-2]
“Hanya kepada Engkaulah saja kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan”. {Qs.Al-Fatihah:5]
“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Apabila kamu mengharapkan pertolongan maka mintalah kepada Allah”.
PENGHAPUS BENCANADi dalam Kitab Berzanji dengan jelas terdapat banyak keyakinan(kepercayaan) yang bertentangan dengan akidah tauhid yang murni,seperti memberikan sifat Allah ‘Azza wa-Jalla kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Ini dapat difahami dari syair di bawah ini:“Salam atasmu, wahai penghapus bencana! (penghapus segala penderitaan / kesusahan )” . [Lihat: مجموعة الموالد وادعیة شرف الانام برزنجي Hlm. 4]Syair di atas amat bertentangan dengan beberapa potong ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Dan ia dengan jelas amat bertentangan dengan firman Allah ‘Azza wa-Jalla sebagaimana di bawah ini:
“Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa, dan Kami memperkenankan doanya, lalu Kami selamatkan dia berserta pengikutnya dari bencana yang besar”. [Qs. Al-Anbia,:76]
Nabi Nuh ‘alaihis salam apabila memohon doa baginda terus menghadapkan dirinya kepada Allah, bukan kepada makhluk atau melalui tawassul kepada makhluk-makhluk tertentu. Allah berfirman:
“Katakanlah! Allah-lah yang menyelamatkan kamu daripada bencana itu dan dari segala kesusahan kemudian kamu kembali mempersekutukan-Nya”. [Qs. Al-An’am :64]
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah saja yang menyelamatkan makhluknya dan melepaskan dari bencana serta kesusahan, oleh itu segala doa dan permohonan wajib dipinta dan hanya kepadaNya sebagaimana yang dilakukan oleh para rasul, para nabi dan solehin.Keterangan ini dikuatkan oleh ayat berikut:
“Dan Kami telah menyelamatkan (Nuh) dan pengikutnya dari bencana yang besar”. [Qs. As-Safat :76]
TEMPAT MEMOHON SEGALA HAJATKitab Berzanji tersemat ajaran bahawa Nabi Muhammad adalah tempat meminta segala permohonan untuk diperkenankan apa saja yang dihajatkan:“Salam atasmu wahai tempat memohon segala hajat!” .[Lihat: مجموعة الموالد وادعیة شرف الانام برزنجي Hlm. 4]Al-Maram seperti (semaksud) dengan al-Matlab atau al-Maksad “Tempat meminta permohonan atau hajat”. Menjadikan Nabi Muhammad sallallahu‘alaihi wa-sallam sebagai tempat meminta pertolongan atau hajat amat bertentangan dengan syara, perbuatan seperti ini bisa membawa kepada kesyirikansebagaimana firman Allah:
“Katakanlah! Sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta Allam. Tiada sekutu bagiNya, dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. [Qs. Al-An’am :162]
TEMPAT HARAPAN PEMBUAT MAKSIATRasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga dijadikan tempat menghapus segala dosa sebagaimana kepercayaan penganut agama Nasrani menjadikan ketua agama mereka sebagai tempat pengampunan dosa. Apakah perbuatan dan keyakinan seperti ini tidak boleh menyebabkan berlakunya kesyirikan? Fahamilah rangkap syair di bawah ini yang mengajar agar menjadikan Rasulullah tempat penghapus dosa bagi mereka yang telah melakukan maksiat:“Salam atasmu wahai harapan (penghapus dosa) para pembuat maksiat” . [مجموعة الموالد وادعیة شرف الانام برزنجي . Hlm. 5.]Dalam akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh,mereka berkeyakinan bahawa Rasulullah tidak dapat mengampunkan dosa siapapun. Baginda hanya dapat (diberi keizinan) untuk memberi syafaat kepada sesiapa yang tidak melakukan kesyirikan, iaitu dengan izin Allah ‘Azza wa-Jalla sebagaimana firman Allah:
“Katakanlah! Hanya kepunyaan Allah Syafaat itu semuanya”. [Qs. Az-Zumar :44]
“Telah bertanya Abu Hurairah kepada Rasulullahsallahu ‘alaihi wa-sallam: Siapakah yang paling berbahagia kerana mendapat syafaatmu? Baginda bersabda: Siapa yang mengucapkan: Tiada tuhan (yang berhak diibadahi) melainkan Allah dengan sepenuh keikhlasan di hatinya”. [HR Bukhari (97). Al-Ilm.]
PENYELAMAT DARI SEGALA KEBINASAANPara pencinta berzanji mungkin tidak menyedari bahawa apabila mereka mentaqdiskan (mensucikan/memuliakan) pembacaan berzanji, mereka telah menjadikan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai tempat meminta perlindungan, keselamatan, keamanan dan kesejahteraan. Perbuatan ini amat bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Kenyataan ini terdapat pada syair-syair di dalam Kitab Berzanji:“Wahai Rasulullah! Wahai sebaik-baik Nabi! Selamatkan kami dari segala kebinasaan (keruntuhan), wahai yang berkedudukan mulia”. [Lihat: مجموعة الموالد وادعیة شرف الانام Hlm. 8.]Rangkap syair di atas amat bertentangan dengan beberapa ayat di dalamal-Quran. Firman Allah:
“Kemudian Kami selamatkan rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajiban atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman”. [Qs. Yunus :103.]
“Maka Kami telah memperkenankan doa danmenyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman". [Qs. Al-Anbia :88.]
Ayat-ayat di atas ini menjelaskan bahawa hanya Allah Subhananhu wa-Ta’ala saja yang menyelamatkan para RasulNya, orang-orang yang beriman dan sekalian makhlukNya, bukannya nabi atau rasul.
TEMPAT BERHARAP, BERLINDUNG DAN PENOLONGPengamal, penggemar dan pencinta Berzanji terus-terusan mengharap limpahan kebaikan, keselamatan, perlindungan, pertolongan dan memohon agar dipenuhi segala keperluan yang penting dan dihajatkan oleh mereka. Ini dapat difahami dan dibuktikan dari bait-bait syair di dalam Berzanji sebagaimana dibawah ini:“Engkau penutup para rasul, engkau limpahan syukur bagi Tuhan, hambamu yang miskin mengharapkan kebaikanmu yang banyak dan berlimpah. Padamu aku berbaik sangka wahai penggembira dan pengingat! Maka tolong lindungilah aku, wahai pelindung dari api neraka! Wahai penolongku dan pelindungku dalam segala urusan yang penting”. [Lihat: مجموعة الموالد وادعیة شرف الانام برزنجي Hlm. 38.]PENGABUL SETIAP PERMOHONANTelah disepakati oleh para ulama akidah dari golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah, bahawa meminta perlindungan kepada makhluk dalam hal-hal ghaibiyah adalah haram dan membawa kepada kesyirikan. Para pengamal berzanji perlu tahu dan menyedari bahawa Rasulullah yang menjadi contoh dalam berakidah dan beribadah, baginda meminta pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagaimana kenyataannya dalam doa baginda:َ“Ya Allah! Wahai Penolong bagi setiap peminta pertolongan dan wahai Pengabul setiap permohonan(doa)!”.
KALAU ZIARAH DI KUBUR DAPAT KESEJAHTERAAN, CITA DAN HAJATPara pencinta dan pengamal Kitab Berzanji juga menggalakkan para pengamalnya meminta-minta ke kuburan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam untuk memperolehi kesejahteraan, cita-cita, hajat dan segala yang diinginkan. Ajaran ini terkandung di dalam syair berikut:“Inilah nabi bagi sesiapa yang menziarahi makamnya memperolehi kesejahteraan, cita-cita, hajat dan keinginannya”. [Lihat: مجموعة الموالد وادعیة شرف الانام برزنجي Hlm. 59.]Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih yang mengharamkan orang-orang yang beriman dari menyeru kepada makhluk terutama roh orang yang telah mati dalam permohonan mereka, yang sewajarnya dimohonkan dan diseru hanya kepada Allah. Perbuatan menyeru dan memohon kepada orang mati ini telah diharamkan kerana ia menyebabkan berlakunya kesyirikan. Larangan ini terdapat dalam firan Allah:
“Katakanlah! Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al-Asmaaul Husna (nama-nama yang baik)”. [Qs.Al-Isra :110]
“Janganlah kamu seru (sembah) di samping (menyeru/menyembah) Allah, tuhan apapun selain Dia”. [Qs. Al-Qasas :87]
Ayat di atas ini mengharamkan setiap orang yang beriman dari menyeru selain Allah.
TEMPAT MENYERU DAN BERDOADalam berzanji mengajar agar pengamalnya berzikir dengan menyeru dan menyebut-nyebut Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di samping meminta petunjuk, pertolongan dan keselamatan dari baginda:َ“Wahai Nabi pemberi petunjuk! Tolonglah orang yang berdoa kepadamu. Wahai yang memberi petunjuk! Tolonglah orang-orang yang menyebut-nyebut namamu”.[Lihat: مجموعة الموالد وادعیة شرف الانام برزنجي Hlm. 61.]Menurut kesepakatan ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh, setiap doa, permohonan, seruan dan istigasah hanya diperkenankan kepada Allah ‘Azza wa-Jalla semata sebagaimana firmanNya:
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepadaTuhanmu, lalu diperkenankan olehNya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. [Qs. Al-Anfal :9]
KEPERCAYAAN NUR MUHAMMAD DALAM BERZANJI
Terdapat kepercayaan batil dan mungkar di dalam kitab Berzanji iaitu kepercayaan Nur Muhammad. Dikenali juga dengan nama Hakikat Muhammadiyah atau Roh Muhammad. Nama ini diambil dari serangkap Syair:“Dan tatkala Allah hendak melahirkan (ke alam yang nyata) hakikatnya Muhammadiyah”.[Lihat: Berzanji, hlm. 7. Jaafar Berzanji. Terjemahan Amir Hj. Marzuki. Jabatan Agama Selangor,Jabatan Dakwah. Lihat: مجموعة الموالد وادعیة شرف الانام برزنجي hlm 76.]Kepercayaan Nur Muhammad didapati juga berpunca dari keyakinan fasad dan batil yang diambil dari berzanji, iaitu tentang perpindahan roh (inkarnasi) sebagaimana yang tertera dalam kitab tersebut:“Dan lagi aku memohon kepada-Nya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu dari pada segala makhluk yang lainnya. Iaitu nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi sallallahu ‘alaihiwa-sallam yang mulia sehingga dahi Abdullah ayahndanya”. [Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji Daiba’i. Zulkifli Mat Isa. Jahabersa. Johor Bahru. Lihat:مجموعة الموالد وادعیة شرف الانام برزنجي hlm. 72]Kepercayaan Nur Muhammad ada kesamaannya dengan kepercayaan dalam Majusi yang disebut “Kitaran Hayat”. Keyakinan ini amat bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Kerana konsep perpindahan roh “Kitaran Roh” tidak terdapat dalam agama Islam, tetapi dikenal pasti ianya sebagaikepercayaan terutamanya di dalam agama Hindu.
Dalam iktikad Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh,persoalan roh hanya diserahkan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala kerana Allah saja yang tahu tentang roh, manusia hanya diberi sedikit saja pengetahuan tentang roh. Firman Allah:
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah! Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”. [Qs. Al-Isra’ :85]
Oleh itu, kita semua tidak boleh memperkatakannya kecuali setelah diberitahu atau dikhabarkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla. Dan roh menurut pengkhabaran dari al-Quran ia ditempatkan oleh Allah Ta’ala di alamnya sendiri,iaitu di alam barzah sebagaimana firman Allah:
“Di hadapan mereka (roh orang mati) ada dinding (tembuk) sampai mereka dibangkitkan”. [Qs.Al-Mu’minun :100]
“Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat”. [Qs. Al-Mukminun :15]
Ayat di atas menjelaskan bahawa setiap roh orang mati tidak dapat keluar dari alamnya (barzah atau kubur), tidak boleh turun ke bumi untuk menemui keluarganya walaupun roh para rasul, nabi, wali dan sesiapapun manusia yang telah mati. Mereka akan dikeluarkan hanya pada hari kebangkitan (Hari Kiamat) untuk dihimpunkan di mahsyar. Kepercayaan khurafat, tahaiyul atau batil iaitu percaya bolehnya keluar roh dari alam barzah untuk menemui atau menolong manusia di dunia ini juga terus terdapat di dalam berzanji iaitu dirangkap syair:“Dan pada ketika itu juga telah mula tiba musim hilang kemarau, tiba-tiba telah datanglah kepada ibu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada malam yang diputerakannya, Siti Asiah dan Siti Maryam serta beberapa bidadari dari pada Syurga tempatnya”. [Lihat: مجموع ة الموال د hlm 72. Lihat: مول د النب ي للبرزنج ي لل دیبعي hlm 9. Terjemahan MaulidBerzanji & Daiba’i. Hlm 21]Bidadari-bidadari di syurga jika ia keluar dari syurga kemudian menemui Siti Aminah (ibu Nabi), ini adalah kebatilan, kerana setiap yang di syurga tidak pernah dilihat oleh orang didunia, sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu‘alaihi wa-sallam:“(yaitu apa yang di dalam syurga), tidak pernah ada mata yang melihat dan tidak pernah ada telinga yang mendengar dan tidak dapat dibayangkan oleh hati manusia”.
PARA NABI DICIPTAKAN DARI NUR MUHAMMAD
Di dalam berzanji terdapat banyak cerita-cerita yang tidak ada asal usul dan asasnya dari al-Quran, hadis atau athar yang sahih, antaranya ialah:“Dan ada pendapat mengatakan bahawa manakala Allah Azza wa-Jalla menghendaki lahirnya sebaik-baik makhluk, Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Dia menyuruh Jibril ‘alaihi sallam mengambil tanah dari tempat (bakal) kuburnya yang mulia. Jibril pun pergi mengambilnya dan sambil menggenggam tanah itu,Jibril berkeliling di Jannatun Naim dan membasuhnya di Sungai Tasnim”. [Lihat: مجموعة الموالد وادعیة شرف الانام برزنجي hlm. 18-19. Lihat: Terjemahan Berzanji Lengkap.Hlm. 22-23. Mohd. Sofwan Amrullah. Pustaka Ilmi. Cetakan Pertama 1999]Cerita di atas amat bertentangan dengan syara. Sesudah ungkapan diatas, terdapat banyak lagi kepercayaan batil di dalam berzanji, yaitu:“(Setelah itu) Jibril pun membawa segenggam tanah itu kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Tanah itu berpeluh maka dari peluh tersebut Allah mencipta nur setiap nabi yang mulia. Justeru, sekalian nabi diciptakan daripada nur Muhammad shallallahu ‘alaihi wa-sallam. [Lihat: مجموع ة الموال د وادعی ة ش رف الان ام برزنج ي hlm. 19. Lihat: Terjemahan Berzanji Lengkap.Hlm.23]Menurut penjelasan berzanji di atas bahawa semua para nabi diciptakan dari Nur Muhammad. Kenyataan ini bertentangan dengan hadis sahih yang menjelaskan bahawa semua manusia berasal dari Nabi Adam alaihis salam, bukan dari peluh atau nur Nabi Muhammad dan Adam pula dicipta dari tanah:
“Kamu semua adalah anak keturunan Adam. Dan Adam dicipta dari tanah”. [HR Al-Bazzar. Menurut al-Albani, hadis ini sahih. Lihat: Al-Jami’ 4444.]
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengakui dan menegaskan bahwa diri baginda adalah manusia biasa seperti kita, baginda bersabda:
“Sesungguhnya aku adalah manusia biasa seperti kamu” . [Syeikh al-Albani mensahihkan hadis ini. Lihat: Al-Jami’ No. 2337.]
Dasar hadis ini ialah firman Allah:
“Katakanlah (Ya Muhammad)! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”. [Qs. Al-Kahfi :110]
Bisa ditemui banyak cerita demi cerita dan syair demi syair yang bertentangan dengan al-Quran dan hadis-hadis yang sahih secara berterus-terusan di dalam Berzanji:ُ“Kemudian tanah tersebut dipertaruhkan (diletakkan) di punggung Adam ‘alaihis salam oleh sekumpulan malaikat yang hampir (taat dan patuh) kepada Allah”. [Ibid. مجموعة الموالد وادعیة الانام برزنجي hlm. 19.]
“Kemudian Allah Ta’ala pun membuat perjanjian dengan Adam ‘alaihis salam. Dia memerintahkan malaikat sujud kepada Adam agar tidak meletakkan nur itu melainkan kepada orang-orang yang mempunyai kemuliaan dan kepemurahan. Yakni, orang-orang yang suci dari kotoran maksiat dan kekufuran”. [Ibid]Hikayat seperti di atas ini tidak pernah terdapat di dalam al-Quran, didalam sunnah atau athar yang sahih. Ia bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana seolah-olah sujudnya para malaikat kepada Adam lantaran nur Nabi Muhammad. Begitu juga adalah satu pembohongan jika dikatakan bahwa nur nabi diletakkan kepada “orang-orang yang suci dari maksiat dan kekufuran” kerana menurut riwayat yang sahih bahawa ayah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam termasuk orang yang kufur.
Cerita-cerita tentang Nur Muhammad di dalam berzanji, ada kaitannya dengan akidah Syiah kerana dalam keyakinan Syiah terdapat pemujaan Nur Muhammad yang berterusan sehingga kepada imam dua belas. Maka menurut agama Syiah bahawa:
“Nur Muhammad itu qadim dan bersambung terus menerus kepada nabi-nabi, rasul-rasul, imam-imam (Syiah) dan para wali (dari kalangan Syiah)”
Kepercayaan karut, khurafat dah tahaiyul ini jelas terdapat juga dalam berzanji:“Maka nur tersebut sentiasa berpindah dari orang-orang baik dan terpilih, hingga sampailah ke rahim orang-orang (para wanita) yang merdeka dan ikhlas. Dan akhirnya bibit kemuliaan itu sampai kepada Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim”. [Ibid]Lantaran kepercayaan Nur Muhammad dan ghalu kepada Nabi, maka ayah dan ibu baginda terus diangkat dan dimuliakan oleh penganut fahaman Berzanji sehingga dianggap sebagai seorang muslim yang beriman. Kepercayaan ini bertentangan dengan hadis sahih yang mana ketika ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah salallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang ayahnya, baginda bersabda:
“Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka”. [HR.Muslim]
Segala kepalsuan ini dapat difahami juga dari cerita-cerita bohong dan karut-marut dalam berzanji sebagaimana syair berikut:“Manakala semakin hampir ketikanya Allah menyempurnakan janjiNya, dunia semakin diliputi kebahagiaan. Muncullah tanda-tanda kemuliaan menyambut kelahiran nabi penghabisan. Dahi Abdullah memancarkan sinar (nur), dia bercahaya dan bertambah tampan. Malah kefasihan bercakap dan kepetahan berkata-kata semakin terserlah pada diri Abdullah”. [Lihat: مجموعة الموالد وادعیة شرف الانام برزنجي . Hlm. 24.]Dalam cerita selanjutnya, ayah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam digambarkan seolah-olah mendapat wahyu dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala“Abdullah pun mendengar seruan “Wahai Abdullah! Tidaklah patut amanah yang ada padamu dibiarkan tanpa dipersatukan dengan Aminah, wanita yang terpelihara, suci dari sebarang kotoran, penghulu kaum wanita Bani Najjar”. [Ibid.. 24-25]“Kemudian bertemulah kemuliaan Abdullah dengan kemuliaan Aminah, terjalinlah tali perhubungan dan pernikahan. Terbuktilah keyakinan Aminah yang suci, lalu dia pun mengandung janin manusia dan terpancarlah nur Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dahinya”. [Ibid. hlm.25.]Kisah para nabi dan rasul menemui ibu Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam mimpinya bermula dari bulan pertama sehinggalah ke bulan kelahiran Nabi, adalah kisah yang tidak ada asal-usul dan puncanya dari hadis-hadis yang sahih, namun ia terdapat di dalam berzanji:“Bulan pertama kandungan Aminah beliau didatangi Adam alaihis salam dalam tidur (bermimpi). Dalam mimpi itu Adam memberitahu Aminah bahawa dia sedang mengandung makhluk yang paling mulia”. [Ibid. hlm. 25]
“Bulan kedua kandungan Aminah, beliau didatangi Idris alaihis salam dalam mimpi. Idris memberitahu Aminah tentang kemuliaan dan kehormatan Muhammad.
“Bulan ketiga kandungan Aminah, beliau didatangi Nuh alaihis salam. Dalam mimpi Nuh berkata kepadanya: “Sesungguhnya anda sedang mengandung seorang pahlawan yang sentiasa menang dan menakluk (musuh)”. [Ibid. hlm. 25]
“Bulan keempat, Aminah didatangi di dalam tidurnya oleh Ibrahim al-Khalil..” [Ibid. hlm. 26]
“Bulan kelima, Aminah didatangi di dalam tidurnyaoleh Ismail”. [Ibid. hlm. 26.]
“Bulan keenam, Aminah didatangi di dalamtidurnya oleh Musa al-Kalim”. [Ibid.]
“Bulan ketujuh, Aminah didatangi dalam tidurnyaoleh Daud”. [Ibid.]
“Bulan kelapan, Aminah didatangi dalam tidurnyaoleh Sulaiman”. [Ibid.]
“Bulan kesembilan Aminah didatangi di dalamtidurnya oleh Isa al-Masih”. [Ibid.]Anehnya, semua para nabi dan rasul datang dalam mimpi Siti Aminah hanya mengkhabarkan tentang akan lahirnya Nabi Muhammad, tetapi tidak mengkhabarkan perkara yang lebih penting sebagai tugas yang dipikul oleh setiap nabi dan rasul, yaitu mengkhabarkan atau menyampaikan dakwah tauhid kepada Allah.
KEYAKINAN YANG BATIL
Penganut Berzanji mempunyai keyakinan yang bertentangan dengan akidah al-Quran, mereka percaya bahawa roh orang mati seperti Asiah isteri Fir’aun dan Siti Maryam boleh keluar dari alam barzah dan datang membantu Aminah semasa kelahiran Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam,sedangkan Allah Ta’ala menafikan perkara tersebut sebagaimana firmannya disurah al-Mu’minun, 23:100. Bacalah penjelasan berzanji di bawah ini:“Maka manakala Aminah semakin sarat kandungannyadan tiada seorang pun yang tahu bagaimana perasaannya. Ketika itulah dia mengadu kepada orang yang mengetahui rahsianya. Tiba-tiba muncullah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam binti Imran juga serombongan bidadari yang cantik-cantik. Cahaya dan kecantikan mereka menerangi tempat itu. Maka kesusahan dan kekhuatiran Aminah serta merta lenyap dan sirna” [Ibid. Hlm. 28.]
FAHAMAN KUBURI (PENYEMBAH KUBUR)
Penganut dan pengamal berzanji juga berpegang dengan fahaman kuburi (pencinta, pemuja atau penyembah kubur). Mereka mendewa dan mensucikan (mentakdis) kuburan para rasul, para nabi, para wali dan orang-orang yang mereka sucikan terutama kuburan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa-sallam, sehingga mereka meyakini umrah dan haji mereka tidak sempurna kecuali setelah melihat maqam Rasulullah sallallahu‘alaihi wa-sallam:“Sesungguhnya haji dan umrahku adalah melihat Raudah dan Maqam. Mereka adalah manifestasi cahaya jiwaku dan dengan merekalah diperolehi kesempurnaan”. [Ibid. hlm. 33]“Jika aku tidak dapat menziarahi kuburnya (kubur nabi), kekecewaan dan kehampaanlah yang ku dapat,sia-sialah umurku”. [Ibid. hlm. 41-42]Kebanyakan para ulama muktabar antaranya ialah Syeikhul Islam IbnTaimiyah rahimahullah, para ulama Hambali dan ahli hadis, mereka sekalianmenyatakan tidak adanya tuntutan dari syara supaya menziarahi kubur NabiMuhammad sallallahu ‘alihi wa-sallam.
Oleh itu sesiapa yang tujuan berpergiannya (musafir) semata-mata untuk kekubur Nabi, maka tidak terdapat hadis yang sahih tentang tuntutan tersebut,kerana semua hadis-hadis ziarah kubur Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah palsu malah semuanya bohong belaka yang sama sekali tidak satupun yang boleh dijadikah hujjah.
Semua hadis-hadis yang telah dirawikan tentang tuntutan ziarah kubur Nabi tiada satu yang sahih dan tidak pernah riwayatkan walau dari seorang ahli hadis seperti Bukhari, Muslim atau Ashabus Sunan seperti Abi Daud dan Nasaii, malah tidak seorang pun dari para ahli sanad seperti Ahmad dan yang semisal dengannya seperti imam-imam fikeh seumpama Malik, Syafie, Ahmad, Ishak,at-Thauri, Awzaii, Abi Hanifah dan yang semisal dengan mereka. Maka semua hadis-hadis tentang menziarahi kubur nabi (Muhammad) didapati semuanya bohong dan palsu belaka. Tidak pernah terbukti adanya walau satu hadis dari Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa-sallam tentang menziarahi kubur baginda.[Lihat: مجموعة فتاوى jld. 27. Hlm. 35. Ibn Taimiyah. Dan lihat: تنبیھ زائر المدینة على الممنوعوالمشروع فى الزیارة hlm. 16-17. Dr. Soleh bin Ganim as-Sadlan]
MENTUHANKAN NABI MUHAMMAD
Yang paling dahsyat mungkarnya, penganut Berzanji mengangkat dan mensucikan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam ke taraf ketuhanan atau ilah:“Ya Tuhanku wahai penghuluku! Janganlah hampakan kami dari cita-cita kami. Ya Tuhanku wahai penghuluku! Hancurkanlah kezaliman dan kebinasaan”. [Ibid. hlm. 34]“Ya Tuhanku! Wahai penghuluku! Perbaikilah urusan (kami) wahai Yang Maha Pemurah! Ya Tuhanku! Dengan kehormatan Ahmad (Nabi Muhammad),kurniakanlah kepada kami mencapai matlamat dengan pertolongannya”. [Ibid. hlm. 34]
“Ya Tuhanku! Dengan (kemuliaan) Ahmad,turunkanlah hujan di negeri (kami). Ya Tuhanku! Dengan (kemuliaan) Ahmad, muliakanlah hamba-hamba(Mu) dengan rahmat Mu”. [Ibid. hlm. 34]
“Malah nur dan cahayamu-lah yang membuat dunia ini terang benderang”. [Ibid. hlm. 36]
“Dari gigi serinya keluar cahaya yang turut menerangi mahligai-mahligai serta istana-istana yang dinegeri Syam."Syair dalam berzanji ini bertentangan dengan ayat al-Quran:“Allah (Pemberi) cahaya (Kepada) langit dan bumi”. [Qs. An-Nur :35]
Pada hakikatnya, terlalu banyak bait-bait syair, ayat-ayat dan cerita-cerita khurafat dan tahaiyulat di dalam berzanji yang bertentangan dengan akidah sehingga membawa kepada kesyirikan. Setiap orang yang beriman amat takut dari perkara-perkara yang membawa kepada kesyirikan, kerana dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kecuali ia bertaubat sebelum mati.
Allah berfirman:“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan sesiapa yang menyekutukan (mensyirikkan)Nya dengan sesuatu, tetapi akan mengampunkan (dosa) selain kesyirikan sesiapa yang dikehendakiNya, dan sesiapa yang melakukan kesyirikan maka dia telah sesat sejauh-jauhnya”.
Sebahagian besar dari kalangan para ulama dan orang-orang awam dinegeri kita, mereka masih mengamalkan pembacaan Berzanji serta mengadakan perayaan maulid Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam disetiap tahun. Amalan ini dianggap sunnah dan mulia oleh mereka. Namun, ia terus menjadi fenomena kerana masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka yang mentakdiskan (mensuci/holy) pembacaan berzanji dan perayaan maulid menyedari atau sebaliknya bahwa amalan ini dipenuhi dengan bid’ah, khurafat, tahaiyul, syirik, pembohongan serta kekarutan. Perkara inilah yang dijelaskan di dalam kitab kecil ini.
Semoga tulisan ini bermanfaat kepada pencari kebenaran, dan menyelamatkan akidah antum.___________________
Sumber: Buku "Kemunkaran Dalam Kitab Berzanji Dan Perayaan Maulid". Oleh: Ustadz Rasul bin Dahri.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar