PRO- T- IN ISLAM

KOMUNITAS PARA PEMBELA TAUHID

Selasa, 08 Januari 2013

FATWA ULAMA ISLAM DUNIA MENGENAI KEHARAMAN YOGA

Fatwa Majlis Agama Islam Singapura
“Yoga adalah termasuk diantara perkara-perkara bid’ah yang digolongkan ke dalam bid’ah dhalalah (sesat) . Yoga  mengandung unsur-unsur agama Hindu. Segala perkara yang mengandungi unsur-unsur syirik dan bisa merusakkan kepercayaan (iktikad) seperti yang menganjurkan kepada “persemadian” kepada yang bukan mengingati Allah adalah dilarang dan hukumnya haram”[1].

Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir
“Bahwa gerakan senam semata-mata yang bermanfaat untuk kesehatan tubuh atau sebahagian anggota badan, tidaklah salah dan tidak haram tetapi ini tidak dinamakan yoga. Bahwa apa yang disandarkan kepada nama ini (yoga) semestinya dikaitkan dengan konsep ‘guru’ (mursyid), konsep cakra (titik-titik pusat) dan konsep ‘energi’ (tenaga tertinggi), semuanya ini konsep-konsep yang berkaitan dengan keberhalaan dan kesyirikan. Adapun hanya gerakan senam semata-mata maka ia tidak dinamakan dengannya (yoga). Jika ada ritual gerakan peribadatan dalam yoga yang disamarkan seolah-olah hanya gerakan senam biasa, maka ini merupakan bentuk “penyamaran” namun sesungguhnya gerakan tersebut adalah gerakan yoga yang tidak diperbolehkan dari segi syara’. Hal tersebut termasuk dalam bab menamakan sesuatu dengan bukan namanya yang sesunnguhnya hakikatnya sama.
Rasulullah SAW bersabda: ”Akan ada manusia di kalangan umatku yang meminum arak yang mereka sebut bukan dengan namanya”. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Malik al- Asy’ari r.a. Dalam riwayat al-Darimi daripada ’Aisyah r.a.h. menyebut: ”Mereka menamakannya dengan selain namanya lalu menghalalkannya (arak)”.[2]
-Pandangan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi
“Dan siapa saja yang melakukan senam yoga – yaitu gerakan latihan olah tubuh – dan tidak terlintas di fikirannya unsur penyembahan, tidak juga untuk mengikuti golongan penyembah berhala, tidak juga menyerupai mereka, maka yang lebih selamat dan lebih berhati-hati adalah menjauhkan diri daripada menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui bahwa asal-usul gerakan senam yoga yang mempunyai unsur keberhalaan, kita harus mengikuti hadith Rasulullah: “Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan”. Malah Islam telah melarang tegas setiap penyerupaan dengan penyembah berhala walaupun hanya dari segi sikap dan bentuk. Oleh sebab itu Islam telah melarang solat pada waktu terbit matahari dan ketika tenggelamnya, karena para penyembah matahari (ritual Yoga Surya namaskar) melakukan ritual penyembahan pada kedua-dua waktu ini. Tidak diragukan lagi bahwa larangan dari shalat pada kedua-dua waktu tersebut ialah sebagai pencegah jalan-jalan kerusakan walaupun ia tidak terlintas di benak orang yang sholat untuk menyembah matahari atau menghadap ke arahnya di dalam sholat”[3].
-Fatwa Ustaz Mas’ud Sobri (Islamonline)
“Hukum syara’  melakukan senam yoga ini bisa disimpulkan seperti berikut:
Sesiapa yang mengamalkan yoga dan mempercayai yoga sebagai satu kepercayaan yang meningkatkan kerohanian dan diri, menyerupai aqidah agama Hindu, maka mengamalkannya adalah haram. Manakala sesiapa yang melakukan senaman yoga sebagai satu jenis senaman semata-mata yang tiada kaitannya dengan aqidah, maka hukumnya ialah harus berasaskan kepada asal yang telah diletakkan oleh jumhur fuqaha’: Bahawa asal setiap sesuatu itu harus sehingga terdapat nas yang mengharam, diringi pula dengan niat seseorang yang melakukannya, sebagaimana yang berlaku ke atasnya kebanyakan hukum berdasarkan sabda Rasulullah SAW,
”Bahawasanya setiap amalan itu dengan niat, dan setiap orang berdasarkan apa yang diniatkannya”.
Sebagaimana Islam mendapati banyak amalan tradisi kemasyarakatan seperti perkahwinan dengan pelbagai jenis. Lalu Islam membatalkan kesemuanya dan mengekalkan apayang dimaklumi oleh ramai hingga ke hari ini iaitu (kebiasaan) seorang lelaki menuntut anak gadis daripada bapanya dan lain-lain bentuk tradisi kemasyarakatan dalam perkahwinan yang telah dikekalkan oleh Islam. Berdasarkan apa yang diterangkan sebelum ini, tidak mungkin dihukumkan haram ke atas pengamalan yoga, sekiranya yoga itu hanya senaman secara jasmani semata-mata, yang tiada kaitannya dengan aqidah”[4].
-Pandangan Fatwa Islamweb.net
“Yoga bukanlah hanya senaman badan semata-mata tetapi ianya ialah ibadah yang dihadapkan oleh pelakunya kepada matahari selain daripada Allah SWT. Ianya tersebar ke seluruh India sejak zaman dahulu. Nama asal bagi senaman ini dalam bahasa Sanskrit (sastanja surya nama sakar). Bermaksud sujud kepada matahari dengan lapan titik di tubuh. Bermula latihan-latihan yoga dengan kedudukan pertama yang menggambarkan penghormatan kepada yang disembah iaitu matahari. Latihan-latihan ini semestinya diiringi dengan sejumlah daripada lafaz-lafaz yang dengan jelas menyebut tentang penyembahan matahari dan menghadap ke arahnya.
Dan sekiranya ditanya: Adakah harus beramal dengan latihan-latihan ini tanpa menghadap ke arah matahari dan melafazkan ucapan-ucapan yang disebutkan (mantera)? Jawapannya: Bahawa sekiranya latihan-latihan ini terlepas daripada kalimah-kalimah keberhalaan dan menghadap ke arah matahari serta tunduk dan hormat kepadanya, ianya tidak dinamakan yoga. Sebaliknya ia adalah senaman mudah yang dilakukan oleh kesemua bangsa, maka tiada larangan untuk melakukannya ketika itu, di samping memelihara dua perkara berikut:-
a) Menyalahi susunan posisi-posisi yang disebutkan dalam yoga serta memasukkan sesetengah posisi-posisi yang baru ke atasnya bagi mengelakkan unsur penyerupaan.
b) Tidak melakukannya pada waktu yang digalakkan oleh agama Hindu melakukannya seperti pada waktu terbit matahari”[5].
-Keputusan Panel Kajian Aqidah JAKIM
Kertas berkenaan yoga telah dibentangkan di dalam mesyuarat PKA sebanyak tiga kali oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim dan Urusetia JAKIM. Kali pertama ia dibentangkan pada mesyuarat PKA kali ke-31 bertarikh 20 Disember 2005, kali kedua pada mesyuarat PKA kali ke-35 bertarikh 19 Jun 2007 dan kali ketiga pada mesyuarat PKA kali ke-37 bertarikh 13-15 Mei 2008. Kesemua mesyuarat memutuskan bahawa amalan yoga adalah bercanggah dengan Islam dan secara tidak langsung mempromosikan ajaran Hindu. Mesyuarat PKA kali ke-31 juga antara lain mengesyorkan supaya senaman lain seperti taichi boleh dijadikan sebagai senaman alternatif kepada yoga kerana ianya tidak mempunyai falsafah tertentu di sebaliknya.
-Keputusan Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 telah memutuskan setelah mengkaji dan meneliti hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan yoga maka, ahli muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum masihi lagi yang menggabung amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan aqidah seseorang muslim.
Oleh ahli muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam diingatkan wajib berhati-hati dan berwaspada daripada perkara-perkara yang boleh menghakis aqidah seseorang muslim. Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis aqidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:-
a) Kepercayaan atau keyakinan di hati
b) Menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah
c) Perbuatan
Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara aqidah mereka daripada terhakis.



[1] http://www.muis.gov.sg/websites/rservices/opendocall.asp?type=I&sno=266, dilayari pada 7 April 2008.
[2] http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=4194, dilayari pada 7 April 2008
[3] http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=4627&version=1&template_id=258& parent_id=12 , dilayari pada 7 April 2008
[4] http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1137319993300, dilayari pada 13 Oktober 2008
[5] http://www.islamweb.net/ver2/fatwa/ShowFatwa.php?Option=FatwaId&lan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar