TABAH MENGGENGGAM BARA API
__ TAUHID WAL JIHAD ___
PRO- T- IN ISLAM
KOMUNITAS PARA PEMBELA TAUHID
Selasa, 08 Januari 2013
Tidak Ada Ashabiyah dalam Islam
Pertama kali yang diperbuat oleh Islam dalam persoalan ini, iaitu:
Islam tidak mengakui ashabiyah dengan segala macamnya, dan mengharamkan
kaum muslimin menghidup-hidupkan setiap perasaan atau apa saja yang
mengajak kepada ashabiyah.
Rasulullah sendiri telah
mengumandangkan pernyataan, bahawa orang yang berbuat demikian tidak
akan diakui sebagai ummatnya. Sabda Nabi: “Bukan dari golongan kami
siapa saja yang mengajak kepada ashabiyah, bukan pula dari golongan kami
orang yang berperang kerana ashabiyah, dan tidak juga termasuk golongan
kami orang yang mati kerana ashabiyah.” (Riwayat Abu Daud)
Tidak ada keistimewaan khusus kerana warna kulit, kerana jenis dan
kerana tanah air. Dan tidak halal seorang muslim merasa fanatik
(ta’asshub) kerana warna kulitnya melebihi kulit orang lain, kerana
golongannya melebihi golongan lain dan kerana daerahnya melebihi daerah
orang lain.
Dan tidak halal pula seorang muslim membela
golongannya kerana ta’asshub baik dalam kebenaran, kebatilan, keadilan
dan kecongkakan.
Wailah bin al-Asqa’ pernah bertanya kepada
Rasulullah: “Apakah yang disebut ashabiyah itu?” Maka jawab Nabi: “Iaitu
kamu membela golonganmu pada kezaliman.” (Riwayat Abu Daud)
Dan Allah telah juga berfirman: “Hai orang-orang yang beriman! Jadilah
kamu penegak keadilan sebagai saksi kerana Allah sekalipun terhadap
diri-dirimu sendiri, atau terhadap kedua orang tua dan kerabatmu.”
(an-Nisa’: 135)
“Dan jangan sampai kerana kebencianmu terhadap suatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil.” (al-Maidah: 8)
Rasulullah menterjemahkan mafhum kalimat ini yang sudah sangat popular
di kalangan orang jahiliah dan diartikan menurut lahiriahnya. Maka sabda
beliau: “Tolonglah saudaramu yang menganiaya ataupun yang dianiaya.”
Setelah Rasulullah menyampaikan terjemahan ini kepada para sahabatnya
yang sesudah lebih dahulu meresapkan iman ke dalam hati mereka, kerana
apa yang diucapkan oleh Rasulullah itu ada maksud lain, maka para
sahabatnya merasa hairan dan tercengang. Justru itu mereka kemudian
bertanya:
“Ya Rasulullah! Kami boleh saja menolong saudara kami
yang dizalimi, tetapi bagaimana kami harus menolong saudara kami yang
berbuat zalim?” Maka jawab Nabi: “Iaitu kamu tahan dia dari berbuat
zalim. Yang demikian itu berarti suatu pertolongan buat dia.” (Riwayat
Bukhari) Dari sini kita dapat mengetahui, bahawa setiap anjuran di
kalangan kaum muslimin kepada fanatik daerah seperti ajakan untuk
fanatik chauvinisme, atau ajakan untuk fanatik kepada golongan sentris
seperti nasionalisme, adalah propaganda jahiliah yang samasekali tidak
diakui oleh Islam, oleh Rasulullah dan oleh al-Quran.
Islam
samasekali tidak mahu mengakui setiap loyalitas yang di luar kepercayaan
Islam. Tidak juga mengakui setiap perserikatan yang bukan ukhuwah
Islamiah. Dan tidak pula mengakui setiap ciri yang membezakan manusia,
selain ciri iman dan kafir. Oleh kerana itu setiap orang kafir yang
menentang Islam adalah musuh orang Islam kendati dia bertetangga dan
salah seorang dari anggota keluarga, bahkan kendati dia itu saudara
kandung sendiri. Sebab Allah telah berfirman:
“Kamu tidak
dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhir itu menaruh cinta
kepada orang yang ingkar kepada Allah dan Rasulnya sekalipun mereka yang
ingkar itu ayah-ayah mereka atau anak-anak mereka atau saudara-saudara
mereka atau keluarga mereka.” (al-Mujadalah: 22)
Dan firmanNya
pula: “Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan ayah-ayah
kamu dan saudara-saudara kamu sebagai kekasih (ketua), jika mereka itu
lebih suka kufur daripada beriman.” (at-Taubah: 23)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar